Wednesday, 31 December 2008

WelCoMe 2o09!!!!



Sesi persekolahan 2009 akan membuka tirai pada 4 januari ni.... SKRP kembali meriah...Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SKRP. Guru-guru semestinya bersemangat dan mempunyai azam baru untuk menjalankan tanggungjawab dengan lebih komited. Murid-murid SKRP datang ke sekolah dengan azam untuk mencapai kecemerlangan dan belajar bersungguh-sungguh. Itu yang diharapkan........ Semoga tahun ini memberi kita rahmat dan keberkatan, sinar baru buat SKRP.

Tuesday, 21 October 2008

MUSIM PEPERIKSAAN

Peperiksaan Akhir Tahun da tiba... buat homework lebih. Buat ulangkaji di rumah. Ingat semua pelajaran yang telah diberikan oleh guru. Berdoa dan berusaha lah untuk mendapat keputusan peperiksaan yang baik.

Tuesday, 7 October 2008

SKRP KEMBALI MERIAH

Assalamualaikum... W.B.T
Cuti Hari Raya Aidilfitri telah pun berakhir. Selamat kembali ke SKRP diucapkan kepada semua warga SKRP yang dikasihi. Staf SKRP diucapkan selamat menjalankan tugas dengan penuh didikasi. Kepada murid-murid SKRP, selamat belajar. Diharapkan agar semua murid-murid dapat belajar dengan lebih tekun untuk menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun. GOOD LUCK

Thursday, 25 September 2008

Cuti Raya Dah Tiba


Cuti persekolahan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri bermula pada 27.09.2008 hingga 05.10.2008. Warga SKRP dingatkan agar berhati-hati semasa pulang berhari raya. Pandu dengan cermat.Ingatlah orang yang tersayang. Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna di samping keluarga tersayang. Murid-murid SKRP diingatkan, jangan lupa belajar di rumah.

Salam AidilFitri


ASSALAMUALAIKUM WBT.....
Warga Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) SKRP mengucapkan selamat menyambut HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua warga SK Rantau Panjang. Sambutlah Syawal dengan penuh kebahagiaan dan keredhaan. Semoga warga SKRP yang balik ke kampung masing-masing agar selamat sampai dan selamat kembali semula ke sini. Berhati-hati di jalan raya. Kepada murid-murid SKRP dinasihatkan jangan bermain mercun.

Pusat Sumber Sekolah

KOD SEKOLAH : BBA0008
Pada peringkat awal penubuhannya, PSS dinamakan Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang. Ianya telah wujud sejak lama dahulu. Mengikut data-data sejarah, perpustakaan ini telah wujud sejak 1914 lagi. Ini berdasarkan kepada cop dan tarikh Buku Khutub Khanah Sekolah Umum Rantau Panjang pada tahun 1914. Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang telah berpindah kedudukannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain, mengikut keperluannya. Pada tahun 1977, Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang telah ditempatkan di alamat - 915 Rumah Sekolah, Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang. Pada tahun 1982, perpustakaan ini telah mendapat sebuah bilik yang baru dan lengkap setelah berpindah ke bangunan sekolah yang baru dibina, dan ianya kekal sehingga hari ini. Kini, perpustakaan telah dinaik tarafkan dan dipelbagaikan fungsi dan peranannya, bersesuaian dengan namanya kini- Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang (PSS).