Wednesday, 7 October 2009

SPORT VS FINAL EXAM










ASSALAMUALAIKUM.Lama tidak kemaskini blog ini. Sekarang boleh la sembang sambil dengar lagu..
Peperiksaan UPSR pun telah berlalu, SKRP pula sibuk dengan latihan-latihan rumah sukan. Guru-guru rumah sukan dilihat bersemangat memilih dan melatih atlit yang mampu memberikan kemenangan kepada rumah sukan masing-masing. Majulah Sukan Untuk SKRP. Tetapi murid-murid jangan alpha dan lalai, Peperiksaan Akhir Tahun akan menjelang tiba selepas sahaja sukan sekolah. Pesanan untuk murid-murid SKRP, walaupun bersukan, ulangkaji pelajaran mestilah diutamakan untuk mendapat keputusan yang terbaik. Keputusan peperiksaan akhir tahun akan mempengaruhi kelas anda pada tahun hadapan dan murid yang cemerlang akan menjadi penerimah anugerah pada hari penyampaian hadiah SKRP 2009.