Wednesday, 7 October 2009

SPORT VS FINAL EXAM










ASSALAMUALAIKUM.Lama tidak kemaskini blog ini. Sekarang boleh la sembang sambil dengar lagu..
Peperiksaan UPSR pun telah berlalu, SKRP pula sibuk dengan latihan-latihan rumah sukan. Guru-guru rumah sukan dilihat bersemangat memilih dan melatih atlit yang mampu memberikan kemenangan kepada rumah sukan masing-masing. Majulah Sukan Untuk SKRP. Tetapi murid-murid jangan alpha dan lalai, Peperiksaan Akhir Tahun akan menjelang tiba selepas sahaja sukan sekolah. Pesanan untuk murid-murid SKRP, walaupun bersukan, ulangkaji pelajaran mestilah diutamakan untuk mendapat keputusan yang terbaik. Keputusan peperiksaan akhir tahun akan mempengaruhi kelas anda pada tahun hadapan dan murid yang cemerlang akan menjadi penerimah anugerah pada hari penyampaian hadiah SKRP 2009.

Wednesday, 12 August 2009

DI AMBANG UPSR

Nampaknya murid-murid tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Bermacam-macam persediaan telah dibuat samaada oleh pihak sekolah, guru-guru tahun 6 dan juga murid-murid SKRP. Untuk mendapat keputusan yang terbaik, calon UPSR SKRP mestilah sentiasa berusaha bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran, membuat latih tubi tambahan, fokus terhadap 'Target' dan jangan lupa meminta restu ibubapa dan guru serta doa terhadap yang Tuhan Maha Kuasa. Semoga semua calon UPSR SKRP mendapat keputusan yang baik dan cermerlang, sekaligus meningkatkan peratus kelulusan dan juga penambahan bilangan murid yang mendapat 5A dalam UPSR. BERUSAHA DAN SEMOGA BERJAYA DALAM UPSR.

Sunday, 17 May 2009

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat sempena sambutan Hari Guru pada setiap tahun. Sambutan ini adalah untuk menghargai jasa guru-guru yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan sebagainya semata-mata untuk mendidik anak bangsa menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU SK RANTAU PANJANG.

Saturday, 16 May 2009

Jom ke Pusat Sumber


Suasana PSS yang tersusun dan ceria. Datanglah ke Pusat Sumber Sekolah. Selamat Maju Jaya

Program Khidmat Bantu



Program khidmat bantu PSS pada 21.4.2009-23.4.2009 telah menambahkan lagi keceriaan pusat sumber sekolah. Keadaan yang kondusif , keceriaan dan susunatur yang sistematik menjadikan pss ini lebih menarik dan menimbulkan suasana efektif untuk proses pencarian ilmu. Murid-murid SKRP juga pastinya akan lebih berminat untuk datang ke PSS samaada untuk menelaah, membuat pinjaman buku dan mengulangkaji pelajaran. Pesanan untuk semua, gunakanlah kemudahan ini sebaik-baiknya.

Wednesday, 31 December 2008

WelCoMe 2o09!!!!



Sesi persekolahan 2009 akan membuka tirai pada 4 januari ni.... SKRP kembali meriah...Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SKRP. Guru-guru semestinya bersemangat dan mempunyai azam baru untuk menjalankan tanggungjawab dengan lebih komited. Murid-murid SKRP datang ke sekolah dengan azam untuk mencapai kecemerlangan dan belajar bersungguh-sungguh. Itu yang diharapkan........ Semoga tahun ini memberi kita rahmat dan keberkatan, sinar baru buat SKRP.